Thursday, August 29, 2013
0








TARIKH TUTUP : 06 SEPT 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
2. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27
3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
4. PENYELIA ASRAMA GRED N17
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17


KLIK UNTUK MAKLUMAT PENUH
KLIK UNTUK PERMOHONAN ONLINE


CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan  mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi maklumat di laman web rasmi UMP, http://www.ump.edu.my adalah pada 13 September 2013.

0 comments:

Post a Comment