Monday, August 05, 2013
0












TARIKH TUTUP : 15 OGOS 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada warga Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/KONTRAK seperti berikut :-

1. JURUTERA GRED J41
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
3. PEKERJA AWAM GRED R1


KLIK UNTUK MAKLUMAT PENUH
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG


CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Alamat permohonan :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Perjawatan )

0 comments:

Post a Comment